RESEPI HOT!

Monday, April 19, 2021

Resepi Sagu Gula Melaka Dengan Cincau

Bahan A:
  • 3 cawan sagu
  • 3 cawan air
Bahan B:
  • 200gm gula melaka (potong kecil dan timbang)
  • 80gm gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 liter air
  • 2 helai daun pandan – disimpul
Cara Membuatnya:
1. Bahan A; masak sagu dengan air separuh masak. Kemudian lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji dan ketepikan.

2. Bahan B; didihkan 1 liter air hingga menggelegak masukkan sagu tadi bersama dengan bahan-bahan lain.

3. Masak hingga biji putih tidak kelihatan, angkat letak ke dalam loyang. Sejukkan sepenuhnya kemudian potong.

Cara Hidangan:

  1. Dimakan bersama susu cair dan dicampur sedikit susu pekat manis untuk sesuaikan rasa dan boleh dicampurkan juga bersama dengan cincau, agar-agar ikut selera.
  2. Dimakan dengan kelapa parut, sedap style makan sagu lejen.
  3. Boleh juga dimakan dengan sos kastard, 1 tin susu cair + 1 sudu besar tepung kastard + secubit garam + daun pandan, satukan bahan dan masak sebentar, siap.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes