RESEPI HOT!

Thursday, April 16, 2020

RESEPI CEK MEK MOLEK

RESEPI CEK MEK MOLEK
RESEPI CEK MEK MOLEK
RESEPI CEK MEK MOLEK

Bahan-Bahan (10 biji)
  • 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak

Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu banyak tepung, nanti kuih akan menjadi keras).
3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat-bulat (besar sedikit dari bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
5. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Selamat mencuba

Note:
• Pastikan ubi keledek betul-betul sejuk,barulah masukkan tepung.Kalau masih suam-suam tambahkan tepung.
• Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.
• Berhati-hati kalau makan cekmek time panas-panas sebab gula cair masih panas kat dalam..nanti melecur.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes