RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Laksa. Show all posts
Showing posts with label Resepi Laksa. Show all posts

Thursday, December 23, 2021

Resepi Laksa Johor

Resepi Laksa Johor
Resepi Laksa Johor

Bahan bahan Resepi Laksa Johor :
  • 1 paket spaghetti atau mee laksa.
  • 1kg ikan kembung/ikan tengiri. (Saya guna ikan kembung. Ikan ni tengok korang nak hidangkan utk berapa ramai ok. Macam saya 3 orang je. Tapi buat untuk sarapan, lunch dan dinner)
  • 3/4 cawan rempah kari (tak kisah lah kari ikan ke ayam. Asalkan kari).
  • 1/2 cawan lada boh
  • 3/4 cawan udang kering (cuci dan blender)
  • 2 cawan santan pekat (saya guna santan Kara).
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
Cara cara :

1. Ikan macam biasa bersihkan dahulu, kemudian kukus. Lebih senang kukus berbanding rebus, sebab nak asingkan tulang dengan isi. Air kukus ikan tadi simpan. Kemudian blender ikan dengan air kukusan ikan. Ketepikan dahulu.

2. Tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. (Masa ni memang akan kering sikit). Cepat-cepat masukkan 1/2 cawan air dan masak dalam 5 minit.

3. Lepas tu masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat boleh tambahkan air sikit je. Bila naik minyak, masukkan ikan kisar tadi. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Ulam ulam :
  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesum/daun selasih
  • Kacang panjang
  • Limau kasturi (diperah atas laksa, bukan makan dengan kulit limau). 🤭
Lepas tu buatlah sambal belacan :
  • 5 biji lada merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan dibakar dulu
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit gula dan garam
  • Semua ni tumbuk atau blender. Ok siap. Dah boleh makan!
Cara saya makan siap letak ikan masin. Uishh power padu..

Kredit Resepi : Yatti Omar

Sunday, May 30, 2021

Resepi Laksa Sarawak

Resepi Laksa Sarawak
Resepi Laksa Sarawak

Bahan-Bahan Resepi Laksa Sarawak:

Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis

Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)
  • 200 g pes atau perencah laksa
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Sambal Udang Kering –
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara penyediaan:

Pes Laksa –

1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).

2.Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).

3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 

4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak –

1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).

2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

Sambal Udang Kering –

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes