RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Kek Pisang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek Pisang. Show all posts

Sunday, May 30, 2021

Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza

Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza
Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza

Bahan-Bahan Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza:
  • 500gm pisang berangan (Timbang selepas buang kulit, kemudian lenyekkan)
  • 300gm tepung gandum
  • 380gm salted butter cair kaedah double boiler (420gm sebelum dicairkan, lepas cairkan timbang semula supaya cukup 380gm. Biarkan sejuk suam)
  • 6 biji telur gred A
  • 250gm gula perang
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tsp esen pisang
Cara Membuatnya:

1. Panaskan ketuhar api atas bawah 165°c kira-kira 15 minit.

2. Lenyekkan pisang. Satukan tepung dan soda bikarbonat. Ayakkan dalam satu bekas. Kisarkan telur, gula perang, butter, garam dan esen pisang hingga sebati dalam mesin pengisar (blender).

3. Masukkan pisang yang dilenyek ke dalam bahan kisar dan kisar bersama dalam 10-15 saat. Campurkan bahan kisar ke dalam tepung yang diayak. Kacau rata hingga sebati.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10″×10″ tinggi 2″ yang telah dilapik dengan baking paper dan dilengserkan kelilingnya dengan marjerin. Boleh hias dengan hirisan pisang nipis, kekacang dan coklat cip di atasnya.

5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 165°c menggunakan api atas bawah. Cucuk tengah-tengah kek dengan cake tester atau lidi untuk pastikan kek telah elok masak (tak lekat apa-apa, elok je licin, maknanya masak la tu). Sejukkan baru potong.

Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi

Sunday, February 7, 2021

Resepi Kek Pisang Coklat

Resepi Kek Pisang Coklat
Resepi Kek Pisang Coklat

Bahan-Bahan Resepi Kek Pisang Coklat:
  • 4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam.
  • 120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
  • 115 gram butter (cairkan)
  • 120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
  • Vanilla essence sikit
Bahan Kering :
  • 160 gram tepung gandum
  • 25 gram serbuk koko
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 80 gram belgian callebout choc
  • 30 gram walnut (lebih pun xpe)
*Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping.

Cara-Cara:
  1. Cairkan butter di atas kuali.
  2. Lumatkan pisang sehingga hancur.
  3. Masukkan gula perang dan butter yang dicairkan tadi (kalau takde butter, masukkan minyak masak pun okay)
  4. Masukkan bancuhan buttermilk dan kemudian masukkan bahan-bahan kering di atas.
  5. Masukkan coklat belgian callebout dan walnut. Kacau sehingga sebati. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening. Nak elakkan kek melekat.
  6. Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut. Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.
**Tips : Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nanti.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Rushdi Lazim Via MAHN

Friday, January 29, 2021

Resepi Kek Pisang Blender Lembut

Resepi Kek Pisang Blender Lembut
Resepi Kek Pisang Blender Lembut

Bahan-bahan Resepi Kek Pisang Blender Lembut

Bahan Ayak:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan Kisar:
  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
Cara-Cara:
1. Satukan tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbanat dan diayak.

2. Tuang bahan yang dikisar dalam bekas tepung. Kaup balik tepung dan bahan kisar hingga sebati.

3. Alaskan loyang saiz 8” dengan kertas minyak atau lenser loyang dengan mentega.

4. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.

5. Sejukkan dan sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

Resepi Oleh: Lina Thomas

Sunday, January 10, 2021

Resepi Kek Pisang 2 Benua

Resepi Kek Pisang 2 Benua
Resepi Kek Pisang 2 Benua

Bahan-Bahan Resepi Kek Pisang 2 Benua: Size loyang 8×8
  • 1 cwn gula castor (sy 3/4 cawan guna brown sugar)
  • 3 biji telur (gred A) atau 4 biji telur (gred B)
  • 6 biji pisang berangan (dilecek-lecekkan)
  • 200gm butter (cairkan)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko (saya guna brand Van Houten)
  • Coklat cip (untuk tabur)

Cara Buat:

1. Masukkan gula dan telur, esen vanilla dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan pisang berangan yang telah dilecek-lecekkan dan pukul lagi.

2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati (pukul sekejap sahaja untuk sebatikan).

3. Masukkan butter yang telah dicairkan dan pukul sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan kacau hingga sebati.

4. Kemudian sendukkan adunan coklat dibahagian sebelah dan adunan pisang bahagian sebelah hingga habis ke dalam loyang bersaiz 8 inci.

5. Kemudian boleh letak hirisan pisang dan taburkan coklat cip. Bakar dalam over selama 45-50 minit atau hingga masak dengan suhu 170 darjah atau mengikut kepanasan oven masing-masing.

6. Dah siap keluarkan dari oven dan keluarkan kek dari loyang perlahan-lahan. Kek boleh dipotong dan dimakan ketika panas-panas.

Resepi Oleh: Jana Kitchen

Thursday, December 24, 2020

RESEPI KEK PISANG MARBLE KUKUS

RESEPI KEK PISANG MARBLE KUKUS
RESEPI KEK PISANG MARBLE KUKUS

BAHAN-BAHAN RESEPI KEK PISANG MARBLE KUKUS
  • 4 biji telur
  • 1 cwn gula (blend halus)
  • 1 cwn pisang emas (dilenyek)
  • 1 cwn minyak masak
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serbuk koko

CARA-CARA
1. SATUKAN TELUR, GULA, BAKING POWDER DAN OVALETTE
Satukan bahan seperti telur gula baking powder ovalette.
Blender atau mixer sampai adunan jadi putih gebu.

2. TUANG MINYAK & PISANG YANG TELAH DILENYEK
Selepas itu, tuang minyak dan pisang yang telah dilenyek tadi.
Sambung blender atau mixer sekejap hingga sebati.

3. MASUKKAN TEPUNG
Kemudian baru masukkan tepung.
Kita sambung mixer atau blender lagi hingga sebati.

4. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN
Keluarkan hasil blender atau mixer tadi dan bahagikan adunan kepada dua.
Yang satu biar kosong manakala yang satu lagi letak serbuk koko.
Kacau sebati.

5. SATUKAN SEMULA & MASUK DALAM LOYANG
Sekarang kita boleh sediakan loyang dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan adunan tadi secara berselang seli. Boleh gunakan lidi untuk corakkan ikut citarasa kita.

6. KUKUS
Akhir sekali, kukus selama 35 minit.
Masa nak letak dalam pengukus tu, pastikan air betul-betul mendidih ya.

SIAP!

Wednesday, December 9, 2020

Resepi Kek Pisang Cup Kukus

Resepi Kek Pisang Cup Kukus
Resepi Kek Pisang Cup Kukus

Bahan-Bahan Resepi Kek Pisang Cup Kukus
  • 2 cwn pisang emas/kapas
  • 3 biji telor
  • 1 cwn minyak
  • 2 cwn gandum
  • 1 sudu bsr soda bikarbonat
  • 1 sudu bsr baking powder
  • 1 cwn gula
Cara - Cara
1.Mix semua..kecuali tepung dan soda bikarbonat/baking powder
2.Bila kembang baru masuk tepung sedikit-sedikit
3.Kukus 15 minit

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes