RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Bubur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bubur. Show all posts

Sunday, February 7, 2021

Resepi Bubur Kacang Hijau Berjagung

Resepi Bubur Kacang Hijau Berjagung
Resepi Bubur Kacang Hijau Berjagung

Bahan-Bahan Resepi Bubur Kacang Hijau Berjagung:
  • 1 cawan kacang hijau
  • 2 tongkol jagung
  • 13 cawan air
  • 2 sudu besar biji sagu (dibasuh dan di tos)
  • 2 helai daun pandan
  • 100 grm gula melaka
  • 1 sk garam
  • 200 ml santan (1 kotak)
Cara-Cara:
  1. Rebus kacang hijau dengan air sehingga empuk. Masukkan sekali daun pandan
  2. Kemudian masukkan jagung sagu, gula melaka dan sedikit garam. Kacau sehingga memdidih
  3. Masukkan santan. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Jika kuah pekat boleh tambah sedikit air. Siap.
Credit : Asz Haniey COOKPAD

Thursday, January 30, 2020

Resepi Bubur Pulut Hitam

Resepi Bubur Pulut Hitam
Resepi Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan 
Resepi Bubur Pulut Hitam:
  • 1 cawan beras pulut hitam – direndam (lagi lama lagi elok)
  • 6 cawan air
  • 5 sudu besar gula
  • sedikit gula nisan
  • secubit garam
  • 3/4 cawan santan segar
  • 2 helai daun pandan
Cara Membuat:
1. Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
2. Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
3. Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
4. Padamkan api. Biarkan bubur suam sedikit, kemudian hidangkan.

Tuesday, January 21, 2020

Resepi Bubur Jagung

Resepi Bubur Jagung
Resepi Bubur Jagung

Bahan-bahan 
Resepi Bubur Jagung:
  • 4 tongkol jagung dihiris,
  • ½ cawan beras pulut dibasuh dan toskan,
  • 2 helai daun pandan,
  • 2½ cawan santan pekat,
  • Air secukupnya (ikut kepekatan),
  • 2 keping gula melaka (kalau rasa kurang manis bole tambah gula putih biasa).

Cara-cara :
  1. Dalam bekas lain, masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan air paras melebihi jagung.
  2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
  3. Bila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
  4. Buka tudung noxxa. Jika jagung dan beras pulut sudah masak, masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  5. Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya kurang manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
  6. Bila sudah nampak sebati dan pulut sudah pun kembang, boleh offkan “stir fry”.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, September 12, 2017

Resepi Bubur asli McDonald's

Resepi Bubur asli McDonald's
Resepi Bubur asli McDonald's
BAHAN-BAHAN :-
  1. Beras hancur jasmin
    Dalam periuk cuci beras
    (Masukkan air masak suam
    (Tujuan nak cepat masak)
    Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata
    10 minit ke 2
  2. Masukan halia hiris 1 sb
    10 minit tambah air masak
    Kacau sebati
  3. Kemudian masukan stok ayam brand Maggie 1/2 cup dlm bubur ..
  4. 10 minit terakhir sebelum paking dlm mangkuk

Ayam bubur
  1. Ayam hiris nipis perap dgn halia(tujuannya sedap dan tidak bau hanyir)
  2. Rebus hirisan ayam
  3. Bersama peranan halia tadi
  4. Dgn 500mlm air rebus sampai masak

Bahan topping bubur mcd
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili Merah
  • Minyak bijan
  • Sukatan 1 sb
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes