RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Brownies Kedut. Show all posts
Showing posts with label Resepi Brownies Kedut. Show all posts

Monday, August 23, 2021

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan
Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

BAHAN-BAHAN
  • 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan )
  • 90 gram butter / marjerin (1/2 cawan)
  • 90 gram tepung gandum (1/2 cawan)
  • 90 gram chocolate coin (1/2 cawan)
  • 40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko)
  • Esen vanilla
  • 2 biji telur size B
CARA-CARA
  1. “Double boil” brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit.
  2. Bila gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masa ni kena hati hati, takut telur jadi telur hancur.
  4. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati.
  5. Baru masukkan chocolate coin dan kacau sebati.
  6. Kemudian lapik loyang 7 inch dengan baking paper, bakar 180` dalam 30 minit.
  7. Bila sudah siap, terus bawa keluar dari oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang.
NOTES
  • Guna coklat Beryls.
  • 100 % gula perang.
  • Tidak perlu guna mixer, hanya guna spatula sahaja.

Wednesday, January 13, 2021

Resepi Brownies Kedut Mudah

Resepi Brownies Kedut Mudah
Resepi Brownies Kedut Mudah

Bahan-bahan Resepi Brownies Kedut Mudah
  • Butter - 125g
  • Dark choc - 200g
  • Gula perang - 150g
  • Gula kastor - 25g
  • Telur - 2 biji
  • Tepung naik sendiri - 50g
  • Serbuk koko - 30g
Cara Memasak
1. Masak butter dan dark choc secara double boil.

2. Campurkan gula perang dan gula kastor. Kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau rata. Kacau pakai spatula atau senduk je.

3. Masukkan butter dan dark choc yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan gula dan telur di atas.

4. Masukkan tepung naik sendiri. Kacau rata.

5. Kemudian masukkan pula serbuk koko.

6. Kacau kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

7. Alas loyang dengan parchment paper atau gris dengan sedikit butter.

8. Masukkan adunan ke dalam loyang.

9. Bakar pada suhu 150degreee selama 40 minit.

10. Sejukkan dan siap dihidang.

Credir resepi - anasuhana
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes