RESEPI HOT!

Wednesday, June 2, 2021

Resepi Pulut Kuning Diraja

Resepi Pulut Kuning Diraja
Resepi Pulut Kuning Diraja

Bahan-Bahan Resepi Pulut Kuning Diraja:
  • Beras Pulut 1kg (10- 15 orang makan)
  • Santan kelapa sebiji (2 cwn pati santan)
  • Daun pandan
  • Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
  • Asam keping (3 keping)
  • Garam (1 sudu teh)

Cara Membuat:
1. cuci beras pulut sebanyak 3 kali. Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak Normi guna serbuk kunyit babas sebab colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.

2. Kukus beras pulut yang telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit. Kemudian, kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yang telah diletak 1 sudu teh garam.

3. Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas). Kemudian, kukus untuk kali kedua dengan daun pandan juga selama 20 minit sahaja. Okay siap.

Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam. Okay, supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama macam dalam gambar. Selamat mencuba.

Pulut kuning ini enak dimakan bersama rendang ayam atau rendang daging.

Resepi Oleh : Salmanormi Saleh‎

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes