RESEPI HOT!

Friday, April 23, 2021

Resepi Mee Kari Simple

Resepi Mee Kari Simple
 Resepi Mee Kari Simple

Bahan-bahan Resepi Mee Kari Simple

  • 4 bji bawang merah bland
  • 1 labu bawang putih bland
  • 2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • fishcake
  • fishball
  • tauhu kering 
  • isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • gula & garam secukupnya
  • air
  • ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

bahan hiasan:-

  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi 
  • Taugeh
  • Limau kasturi

Cara penyediaan

  1. Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  2. masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
  3. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
  4. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
  5. tunggu sampai mendidih... siap.... boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š✌

Kredit Resepi : are peace dan Anisza mohd Shukri

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes