RESEPI HOT!

Wednesday, April 28, 2021

RESEPI HOME MADE MEATBALL ALA-ALA IKEA

RESEPI HOME MADE MEATBALL ALA-ALA IKEA
RESEPI HOME MADE MEATBALL ALA-ALA IKEA

BAHAN-BAHAN RESEPI HOME MADE MEATBALL ALA-ALA IKEA
  • 500 gm daging kisar
  • 1/2 biji bwg besar – cincang halus (*)
  • 1 sudu makan butter. (*)
  • 3/4 sudu teh lada hitam- powder
  • 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
  • 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan bread crumb- blend halus
  • 30 ml fresh milk.
  • 1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukan.
CARA-CARA MEMBUATNYA
1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.

p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.

RESEPI SOS GRAVY

BAHAN-BAHAN
  • butter sos lepas masak meatball.
  • 2 cawan chicken stok
  • 2 cawan whipping krim (*)
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • lada hitam sikit – powder
  • 1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat.
  • garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
Cara-cara:
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.
Hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix fruits jem.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes