RESEPI HOT!

Thursday, January 21, 2021

Resepi Kuih Akok

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 7 biji telur (gred A)
  • 3 helai daun pandan (digunting)
  • Secubit garam
  • 100 gram gula melaka
  • 1 sudu gula putih (optional)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 250 gram santan kotak (dicampur sedikit air)
Cara penyediaan:
1. Kisarkan gula melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis.

2. Kemudian, tuangkan semula larutan air gula dan daun pandan bersama telur, santan, tepung gandum, gula melaka dan garam, ke dalam pengisar.

3. Kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

4. Kemudian, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 'c dan sapukan minyak kepada loyang muffin atau acuan akok.

5. Masukkan loyang muffin atau acuan akok ke dalam oven sehingga tray agak panas.

6. Setelah itu, keluarkan loyang muffin atau acuan akok dan tuangkan adunan tadi kedalam loyang sehingga 3/4 penuh.

7. Bakar adunan akok pada 180'c untuk 18-20 minit.

8. Selepas keluar daripada oven, akok anda sedia untuk dimakan!

Sumber resepi: Lily Syaziliff.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes