RESEPI HOT!

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Cupcakes Coklat Moist

Resepi Cupcakes Coklat Moist
 Resepi Cupcakes Coklat Moist

Bahan-bahan Resepi Cupcakes Coklat Moist:

Bahan adunan kek

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred B
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
Topping coklat moist
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 sudu minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko
Decoration
  • Manik warna warni
Langkah penyediaan
  1. Pukul telur bersama gula halus sehingga kembang. Boleh juga guna mixer kalau nak cepat. Letakkan juga esen vanila
  2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Dan kacau sebati.Sambil itu letak minyak masak dan air panas
  3. Masukkan serbuk koko.Dan kacau sehingga sebati juga
  4. Selepas selesai masukkn adunan tadi di dalam bekas sebanyak. Jangan terlalu penuh.. Isikan dalam 2/3 sahaja
  5. Sedia untuk dikukus. Nak bakar pon boleh.. Tp saya prefer mengukus supaya kek lembut.. Masak lebih kurang 20 - 25 min
  6. Tadaa. Dah siap dikukus
  7. Masukkan semua bahan tadi dibawah api yang perlahan sehingga sebati
  8. Tuangkan topping coklat tersebut dan tabur manik diatasnya.. Selamat mencuba semua..

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes