RESEPI HOT!

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Donut Gebu Gebas

Resepi Donut Gebu Gebas
Resepi Donut Gebu Gebas

Bahan-bahan Resepi Donut Gebu Gebas
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 cawan (lebih kurang) air suam
  • 3 biji (kalau gred A guna 2 biji telur shj)
  • 50 g shortening/ butter / margerine
  • 8 g yis
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu teh garam
Cara penyediaan :-
  1. Buat lubang di tengah² pukul telur satukan dengan air, campurkan semua bahan kecuali shortening/margerin. Uli hingga jadi doh, kemudian baru masukkan shortening/margerin.
  2. Uli lagi hingga ELASTIK utk dapat donut yg sangat lembut. Perap hingga naik 2 kali ganda atau rehatkan dalam 10mnt kemudian keluarkan angin.
  3. Timbang 40gm buat rounding hingga licin. Tabur tepung pada baking tray utk elak lekat dan supaya mudah diangkat bila nak digoreng. Biarkan don naik lagi, jangan lupa tutup donut semasa perap utk elak doh kering, kemudian goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
  4. Untuk dapatkan ring pada donut, tipsnya semasa mengoreng hanya sekali balik. Bila bahagian sebelah dah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes