RESEPI HOT!

Tuesday, November 26, 2019

Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah

Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah
Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah

BAHAN-BAHAN 
Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah
  • 18gm agar-agar tali
  • 1250ml air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan gula – boleh kurangkan jadi 1 sudu jika suka kurang manis
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan gula merah

Resipi Agar-Agar Gula Merah
Bahan-bahan Resipi Agar-Agar Gula Merah

CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.
3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.
4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.
5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras. Jangan lupa cuba 'Resepi Puding Roti Gardenia' pula tau!

Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah 2

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes