RESEPI HOT!

Monday, April 12, 2021

Resepi Martabak Cheese

Resepi Martabak Cheese

Bahan-bahan Resepi Martabak Cheese:
  • 2 gelas tepung gandum (350gm),
  • 1 biji telur saiz C (yang paling kecil),
  • Sedikit garam,
  • 1 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar susu pekat manis,
  • 1 sudu besar shortening/butter,
  • ½ gelas air atau kalau keras boleh tambah sedikit air (200ml),
  • Butter/margerin/minyak.
Cara-cara :
(Jika guna breadmaker)
  1. Mula-mula masukkan semua bahan kecuali air. Air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil doh tidak terlalu lembik dan tidak lekat di tangan.
  2. Uli guna bread maker selama 20 minit.
  3. Bulatkan doh dalam 90 gm dan salut dengan butter/margerin/minyak.
  4. Simpan semalaman.
(Jika guna tangan)
  1. Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, garam, gula, susu pekat dan shortening.
  2. Kemudian masukkan telur dan uli kering.
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak lekat di tangan.
  4. Uli doh selama 20 minit sehingga doh lembut dan elastis (part ini uli 7 minit berehat sekejap, uli lagi rehat kejap dan uli lagi).
  5. Seterusnya bulatkan doh seberat 90gm hingga abis (saya dapat dalam 7 biji).
  6. Kemudian salut doh dengan sedikit minyak/butter/margerin.
  7. Letak dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman atau dalam 5 jam.
  8. Inti Martabak Daging (boleh dapat 3@4 biji martabak)
Bahan A :
  • 500 gm daging kisar/hancur,
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar) kalau tidak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai potong dadu kecil.
  • Sedikit halia tumbuk,
  • 1 sudu besar rempah briyani,
  • 1 sudu besar rempah kari daging,
  • 1 sudu besar minyak masak,
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan rempah, kacau hingga naik bau. Masak agak lama supaya rempah masak sempurna.
  3. Masukkan daging kisar.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Kacau adunan hingga masak dan agak kering.

Bahan B :
  • 6 biji telor dicuci bersih.

Bahan C :

  • 2 biji bawang merah di potong dadu,

Bahan D :

  • ½ -1 mangkuk mozarella cheese yang diparut,
  • 1 tiub cheese warna oren yang biasa orang letak dalam burger dalam 6 keping.
  • Cairkan bahan dan tambah dalam 1 cawan susu segar kalau pekat tambah sedikit lagi hingga cair macam sos cili itu.
  • Jika sudah sedia semua bahan boleh mula menebar.
Cara-cara :
  1. Ambil sebiji doh roti canai. Jika tidak pandai tebar guna dulang, penyek-penyekkan doh di atas dulang.
  2. Letak sedikit minyak dan canai hingga leper. Tarik doh tadi hingga
  3. nipis. Kalau uli doh pertama lembut dan elastis, doh tidak akan carik/koyak kalau ditarik).
  4. Pecahkan telur di atas doh, masukkan inti martabak, bawang, dan cheese.
  5. Tutup doh.
  6. Panaskan pan dan letak sedikit minyak.
  7. Ambil roti perlahan-lahan dan letak di atas pan panas tadi.
  8. Balik-balikkan roti.
  9. Agak-agak sudah masak, pecahkan sebiji telur atas roti, ratakan dan taruk inti martabak.
  10. Terbalikkan dan biar doh yang ada daging dibawah.
  11. Biar hingga masak.
  12. Part akhir ini, kalau mahu letak cheese di atas permukaan yang ada daging pun boleh atau letak di permukaan satu lagi pun boleh.
  13. Taruk 2 jenis cheese. Hanya letak separuh roti sahaja cheesenya. Taruk banyak pun sedap.
  14. Biar sekejap dan terus lipat dua.
  15. Potong kecik dan sedia dihidang panas dan dimakan dengan bawang cuka.

Resepi Acar Bawang :

  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana) dihiris nipis,
  • 3 sudu besar cuka,
  • Sedikit garam,
  • Gula,
  • Pewarna merah (ros),
  1. Satukan kesemuanya dan taruk dalam peti sejuk.
  2. Sedia dihidangkan dengan martabak.

Share this:

1 comment :

  1. The information shared by you is very beneficial for those who want to learn how to make martabak recipes. You can prepare this recipe at home according to your requirement. Nowadays you can order such dishes sitting at home with the help of online food websites and applications. For example, Smile Martabak is the best website for Indonesian Martabak in Singapore. They provide you martabak prepared by Muslim chefs. Thanks for this beneficial article.

    ReplyDelete

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes