RESEPI HOT!

Monday, April 12, 2021

Resepi Kuih Puteri Mandi

Resepi Kuih Puteri Mandi
 Resepi Kuih Puteri Mandi

Bahan-bahan Resepi Kuih Puteri Mandi Mudah Ikut Sukatan Cawan:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut - bahagikan kepada 3 bahagian
  • 1/2 cawan air - untuk ketiga-tiga bahagian pulut
  • Pewarna hijau, merah dan kuning
  • Esen pandan
Bahan kelapa manis:
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1 keping gula melaka - mieza guna keping diameter saiz 4 inci
  • 2-3 sb gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
Cara-cara:

1. Sediakan kelapa manis. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam dalam kuali non-stick. Panaskan hingga gula melaka cair. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Jangan kering sangat tau. Rasakan manisnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.

2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam 3 mangkuk yang berlainan. Untuk setiap mangkuk masukkan warna berlainan setiap satu beserta esen pandan. Dengan menggunakan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit, bancuh tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat.

3. Dalam periuk, masukkan air dan masak hingga air mendidih. Biarkan air terus mendidih.

4. Ambil doh tepung pulut. Bulatkan sebesar ibu jari kemudian tekan sedikit tengahnya dengan menggunakan jari. Masukkan bebola yang telah dikemekkan tengah ke dalam air yang sedang mendidih. Renehkan hingga bebola kemek timbul dipermukaan air. Ambil penapis teh dan angkat bebola kemek keluar dan toskan airnya.Ulang hingga semua doh habis.

5. Kemudian masukkan bebola pulut kemek yang telah ditos tadi ke dalam kuali yang mengandungi kelapa parut manis. Gaul rata.

Nota
Jangan toskan kesemua bebola kemek serentak nanti ia akan melekat antara satu sama lain. Bila angkat je dari air mendidih, toskan dan terus masuk dalam kelapa parut manis dan gaul.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes