RESEPI HOT!

Saturday, December 5, 2020

Resepi Udang Goreng Kunyit


Resepi Udang Goreng Kunyit
Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan 
Resepi Udang Goreng Kunyit 
diperlukan:
  • 6 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sebatang cili merah (dihiris serong)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 5 batang kacang buncis (dihiris serong)
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Bersihkan udang. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit, garam, sos tiram & sedikit tepung jagung.
  2. Masukkan minyak sederhana banyak. Bila minyak dah betul2 panas, masukkan semua udang yang digaul tadi ke dalam kuali.
  3. Goreng sekejap sehingga garing & ketepikan.
  4. Asingkan atau keluarkan minyak lebihan tadi, tinggalkan sedikit sahaja & masukkan bawang putih & hirisan bawang besar.
  5. Tumis hingga naik bau & masukkan kacang buncis & cili merah.
  6. Perasakan dengan sedikit gula & garam.
  7. Masukkan udang yg telah digoreng tadi.
  8. Gaul rata & siap untuk dihidang.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes