RESEPI HOT!

Monday, December 28, 2020

Resepi Nasi Goreng Udang Segar

Resepi Nasi Goreng Udang Segar
Resepi Nasi Goreng Udang Segar

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Udang Segar
  • 2 pinggan penuh nasi yang telah disejukkan didalam peti semalaman
  • 10-15 ekor udang segar - dibuang kulitnya
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 5 biji cili padi - dipotong kecil/diketuk - ikut kepedasan masing2
  • 1/2 mangkuk kecil sayuran campur
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 biji telur
  • garam,gula dan lada sulah secukupnya
  • daun bawang, bawang goreng untuk hiasan
  • minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili padi serta cili boh.Tumiskan lagi sehingga garing.
  4. Masukkan pula udang dan goreng hingga warna udang bertukar kemerahan.
  5. Masukkan sayuran campur dan nasi. Gaulkan sebati.
  6. Setelah itu,pecahkan telur dalam kuali.Tunggu telur masak barulah dikacau sebati untuk mengelakkan nasi berbau hanyir telur.
  7. Masukkan bahan perasa,lada sulah dan kacau sebati.
  8. Setelah masak, taburkan bawang goreng dan daun bawang.
  9. Siap untuk dihidang.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes