RESEPI HOT!

Wednesday, December 4, 2019

Resepi Murtabak Maggi

Resepi Murtabak Maggi
Resepi Murtabak Maggi

BAHAN-BAHAN Resepi Murtabak Maggi :
4 paket Maggi kari – rebus mee sahaja
4 paket serbuk perasa Maggi kari – sebagai bahan perisa
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang lobak merah
Isi ayam dan bebola ayam secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit daun sup atau daun bawang

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan isi ayam, bebola ayam dan potong menjadi ketulan kecil.
2. Bawang merah, bawang putih, daun sup diracik halus.
3. Bersihkan lobak merah dan potong kecil-kecil
4. Rebus mee maggi sehingga kembang, tos air dan ketepikan .
5. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bawang sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan isi ayam, bebola ayam, lobak merah, daun sup dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak.
6. Tutup api. Masukkan 1 atau 2 paket perisa maggi kari, mee Maggi, tepung jagung dan telur sebiji demi sebiji. Kacau rata.
7. Jika kurang masin boleh ditambah lagi serbuk perisa Maggi kari.
8. Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat.
9. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak Maggi sehingga masak.
10. Angkat kemudian toskan minyak. Siap dan boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes