RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Sos Perapan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sos Perapan. Show all posts

Sunday, September 12, 2021

Resepi Sos Perapan Kambing Guna 3 Bahan

Resepi Sos Perapan Kambing Guna 3 Bahan
Resepi Sos Perapan Kambing Guna 3 Bahan

Bahan-bahan Resepi Sos Perapan Kambing Guna 3 Bahan:
  • Serbuk cili
  • Sos black pepper (paket)
  • Madu
Cara penyediaan:

1. Campurkan sahaja 3 bahan di atas. Sukatan mengikut kuantiti bahan yang mahu dibuat.

2. Lebihkan sos black pepper. Kalau suka pedas, lebihkan serbuk cili.

3. Gaul sebati bersama kambing, potongan ayam atau sosej.

4. Rasa terlebih dahulu supaya seimbang rasa pedas dan manis madu. Ubahsuai mengikut citarasa masing-masing.

5. Perap selama 5 hingga 6 jam sebelum dibakar.

6. Semasa membakar, guna kuali lebar. Letak minyak supaya isi tak kering. Letak sos perap semasa balikkan isi supaya lebih sedap.

Begini sahaja cara membuat sos perap. Nak makan kat luar rasa tak berbaloi, baik buat sendiri di rumah. Tapi tiada masalah jika sesekali rasa nak makan kat luar. Semoga bermanfaat!

Kredit: Saleha Maarof
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes