RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Muffin Pisang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Muffin Pisang. Show all posts

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Muffin Pisang

Resepi Muffin Pisang
Resepi Muffin Pisang

Bahan-bahan Resepi Muffin Pisang
  • 4 biji pisang berangan/molek ~ dilecek
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • 1/3 cawan butter ~ dicairkan
  • 1/2 cawan gula (atau lebih ikut suka)
Bahan Ayak
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
Cara penyediaan :-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan pisang, telur, butter, gula dalam bekas. gaulkan sebati.
  3. Kemudian, masukkan bahan ayak dan gaulkan lagi sehingga sebati menggunakan spatula.
  4. Sediakan papercup dalam tray muffin.
  5. Isikan adunan hingga 3 suku penuh.
  6. Hiaskan ikut suka. Boleh taburkan coklat rice atau letakkan badam sebagai hiasan.
  7. Bakar selama 15-20min bergantung pada jenis oven.

Kredit Resepi - Roziati Abdul Rahman

Sunday, December 6, 2020

Resepi Muffin Pisang Gebu

Resepi Muffin Pisang Gebu
 Resepi Muffin Pisang Gebu

Bahan-Bahan Resepi Muffin Pisang Gebu:
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 4 biji pisang berangan masak – dilecek halus (160gm)
  • 25 gm susu segar @ susu cair
  • 1/2 sudu kecil esen pisang
  • 90 gm minyak jagung @ minyak masak
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 125 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1. Pukul telur dan gula sehingga ringan dan berkrim, anggaran dalam 2-3 minit.
2. Tambahkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung serta esen pisang dan putar sekejap.
3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder dan baking soda, gaul hingga rata.
4. Masukkan tepung kedalam bahan basah dan kaup balik rata hingga tiada ketulan tepung kelihatan sedikit pun. Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur sebati sahaja.
5. Sudukan adunan kedalam acuan muffin atau paper cup dan bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan ia sepenuhnya.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes