RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Jus. Show all posts
Showing posts with label Resepi Jus. Show all posts

Sunday, July 4, 2021

RESEPI SIRAP BANDUNG SODA PADU

RESEPI SIRAP BANDUNG SODA PADU
RESEPI SIRAP BANDUNG SODA PADU

BAHAN- BAHAN RESEPI SIRAP BANDUNG SODA PADU
  • 150ml pati sirap bergula
  • 3/4 tin susu cair ( Saya guna cap Carnation)
  • Ais 3/4 dari jug
  • Air ais krim soda secukupnya
  • 2 cubit garam
CARA-CARA PENYEDIAAN

1. MASUKKAN BANYAK AIS


Mula-mula masukkan ais hingga penuh 3/4 jug. Bubuh ais memang banyak sebab kita tak tambah air kosong.

Ais yang mencair akan seimbangkan rasa pada air sirap bandung aiskrim soda kita nanti. Baru rasa dia power!

2. BUBUH SIRAP BERGULA


Lepas bubuh ais, masukkan pati sirap bergula.

3. MASUKKAN SUSU


Lepas tu curahkan susu cair macam kita buat bandung biasa tu. Kacau-kacau sebati.

4. TUANGKAN SODA

Seterusnya masukkan air aiskrim soda. Kalau suka rasa soda letak lebih sikit.

Kalau nak rasa soda tu bagi buat syarat je, tambahkan ais lagi. Jangan tambah air ok!

5. TABUR GARAM

Akhir sekali taburkan 2 cubit garam untuk rasa lebih berlemak.

Kacau sebati.

Siap. Mudah je kan?
Enjoy!

Thursday, April 15, 2021

Resepi Teh 3 layer

Resepi Teh 3 layer
Resepi Teh 3 layer

Ramuan  Resepi Teh 3 layer
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan ais
Bahan A
  • 100 gm gula melaka
  • 50 gm gula merah
  • 100 gm air
Bahan B
  • 2 uncang teh
  • 200 gm air
Langkah penyediaan
  1. Satukan bahan A. Masak sehingga gula larut dan pekat
  2. Dalam bekas lain panaskan air dan rendam uncang teh sehingga larut dan pekat
  3. Sediakan gelas, masukkan air gula melaka yg sudah dimasak tadi 3 sudu besar. Masukkan air batu memenuhi gelas
  4. Masukkan susu cair sehingga tinggal 1/4 bahagian gelas. Dan akhir sekali masukkan air teh diatasnya
  5. Air teh sedia diminum

RESEPI AIR CINCAU LAICI KETAGIH

RESEPI AIR CINCAU LAICI KETAGIH
RESEPI AIR CINCAU LAICI KETAGIH

Bahan-bahan RESEPI AIR CINCAU LAICI KETAGIH:
  • 1 liter fresh milk farm fresh
  • 1 tin Krimer Sejat Cair
  • 1 tin Krimer Manis Pekat
  • 2 block cincau (diparut)
  • 2 tin laici
  • Biji selasih secukupnya
  • Sedikit garam
  • Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula cincau diparut
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk ..kacau sabati..
3. Masukkan ais. Kacau dan hidangkan..

Selamat mencuba

Kredit: srezuan nazlan ismail

Wednesday, February 10, 2021

Resepi Cha Bang Ang (Minuman Viral)

Resepi Cha Bang Ang (Minuman Viral)
Resepi Cha Bang Ang (Minuman Viral)

Bahan-Bahan Resepi Cha Bang Ang (Minuman Viral):
  • 300 g Cincau di potong kiub
  • 200 g Gula Perang
  • 1 sudu makan biji Selasih (di rendam dengan 250 ml Air Panas)
  • 250 ml Air
  • 400 ml Susu Segar Full Cream
  • 400 ml Susu Cair
  • 5 Sudu Makan Susu Pekat
  • 1/8 Sdk Garam bukit
  • 1 Sdk Vanilla Extract
  • 500 g Ais batu
Cara-Cara:
  1. Sediakan semua bahan-bahan
  2. Satukan air, gula perang, dan vanilla extract, rebus hingga mendidih. Angkat dan biarkan suam.
  3. Satukan dalam bekas/jug, Cincau, selasih,garam, Susu segar full Cream,Susu Cair
  4. Tuangkan Susu Pekat,dan air gula, Kacau sebati.
  5. Tuangkan Cha Bang Ang kedalam gelas, tambahkan dengan Ais batu.dan sedia untuk dihidang.
  6. Selamat mencuba dan semoga berjaya
Credit : @Jeehan_ Kitchen

Resepi Coconut Shake

Resepi Coconut Shake
Resepi Coconut Shake

Bahan-Bahan Resepi Coconut Shake:
  • 1 buah Kelapa Muda
  • 3 Sdb Susu pekat
  • 4 Scoop Vanilla Ice cream
  • 1 Cawan Ais batu
Cara-Cara:
  1. Masukan air kelapa,isi kelapa muda, dan Ais batu kedalam pengisar
  2. Tuangkan susu pekat
  3. Masukan Ais krim Vanilla, dan Kisar sehingga halus
  4. Tuangkan Coconut Shake kedalam gelas,dan Sedia untuk di hidang, boleh juga scoopkan Ais Krim vanilla di atasnya. Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘
Credit : @Jeehan_ Kitchen

Saturday, January 30, 2021

Resepi Soda Herbs

Resepi Soda Herbs
Resepi Soda Herbs

Bahan-bahan Resepi Soda Herbs
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 biji lemon dipotong bulat
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 botol Air F&N ais krim soda
  • 6 biji asam boi putih
  • 1 tin buah laici
  • Ais batu secukupnya
Langkah penyediaan
  1. Sediakan semua bahan-bahan seperti didalam gambar.
  2. Masukkan 3 batang serai yang telah diketuk terlebih dahulu. Kemudian potong kepingan buah lemon.
  3. Selepas itu, masukkan daun pudina, asam boi, buah laici dan akhir sekali air ais krim soda. Kalau tak cukup sejuk boleh tambah ais.
  4. Tadaaaa... Siap untuk diminum.
Credit : Mardiana Jaafar COOKPAD

Wednesday, January 27, 2021

Resepi Sirap Soda Pandan

Resepi Sirap Soda Pandan
Resepi Sirap Soda Pandan

Bahan-bahan Resepi Sirap Soda Pandan:
  • 1 botol air soda F&N
  • 2 sudu besar pati sirap
  • 4 sudu besar gula
  • 1 gelas air panas
  • 3 gelas ais
  • Sehelai daun pandan disimpul
Langkah Penyediaan
  1. Sediakan sebotol 500ml F&N ice cream soda dan sirap
  2. Bancuh sirap dengan gula bersama air panas sehingga gula larut dan masukkan ke dalam jug...tuang soda...daun pandan yang disimpul....jangan lupa ais. Siap!
Credit - Mamamikael Oven COOKPAD

Saturday, December 7, 2019

Resepi Susu Pisang

Resepi Susu Pisang
Resepi Susu Pisang


Bahan-bahan diperlukan:

2 biji pisang
Susu segar (anggaran 2 orang) Boleh ditambah sedikit gula

Cara menyediakan dan memasak:
Pisang, dan susu segar dimasukkan ke dalam pengisar.
Boleh ditambah ais untuk sedia diminum.
Pasti sedap dan dapat disediakan dalam masa 5 minit saja.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes