RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Colek Pencicah Buah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Colek Pencicah Buah. Show all posts

Sunday, February 9, 2020

Resepi Kuah Rojak Homemade


Resepi Kuah Rojak Homemade
Resepi Kuah Rojak Homemade
Bahan-Bahan Resepi Kuah Rojak Homemade:
  • 300 gm gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • 200 ml/ 1/2 botol kecil kicap lemak masin
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili boh
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125 gm tepung kanji/tepung ubi
RESEPI MENARIK : Resepi Colek/Pencicah Buah

Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk/kuali dan masak menggunakan api perlahan.
2. Masak dan kacau hingga larut dan mendidih. Perasakan ia mengikut selera masing-masing.
3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan berkilat.
4. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan sebati. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
5. Hidangkan bersama buah-buahan atau makanan yang digemari bersama taburan kacang tanah yang telah dikisar tadi.

Saturday, August 19, 2017

Resepi Colek/Pencicah Buah

Resepi ColekPencicah Buah
Resepi ColekPencicah Buah
Bahan-bahan :
  • Cili api (ikot nak pedas mana)*
  • Gula (kena banyak)*
  • Garam (sikit sahaja)*
  • Belacan*
  • Nam pla a.k.a sos ikan
Cara penyediaan :
  1. Tumbok bahan bertanda *.
  2. Kaut masuk dlm mangkuk, tuang nam pla (secukup rasa)
  3. Kacau, siap!
**kalau rasa nak tambah kicap sikit pon boleh.😁
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes