RESEPI HOT!

Saturday, May 29, 2021

Resepi Mini Chocolate Nutella Cheesecake

Resepi Mini Chocolate Nutella Cheesecake
Resepi Mini Chocolate Nutella Cheesecake

Bahan-Bahan Resepi Mini Chocolate Nutella Cheesecake:

Base –
  • 1 1/2 cawan biskut Oreo – dibuang krimnye dan dihancurkan
  • 1/3 cawan butter – dicairkan
+ Satukan kedua-dua bahan ini. Ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan muffin/cupcake atau paper cup. Buat sampai habis. Masukkan ke dalam fridge.

Bahan Cheese Filling –

  • 500 gm cream cheese – suhu bilik
  • 1/3 cawan gula castor
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 biji telur yang besar (65-70 gm sebiji)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan Nutella
Bahan Hiasan –
  • Secukup Nutella – dipanaskan sekejap dalam microwave untuk mencairkan dan masukkan ke dalam piping bag.
  • Sedikit serbuk koko
Cara Buat:
1. Panaskan oven pada suhu 160°C.
2. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese, gula castor dan tepung gandum dengan medium speed hingga kembang. Masukkan telur esen vanilla. Pukul lagi hingga licin dan sebati.
3. Ambil 2 cawan adunan cheese ini dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan. Pada lebihan adunan cream cheese, masukkan Nutella dan gaul rata. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Keluarkan mangkuk-mangkuk cupcake yang berisi base (biskut Oreo) tadi. Picitkan filling berwarna coklat ke atas base. Setelah itu, picitkan pula filling yang putih.
5. Bakar (160°C) selama 16-18 minit bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
6. Bila dah masak, sejukkan di atas wire rack. Masukkan ke dalam kotak atau tupperware dan simpan di dalam fridge sekurang2nya 1 jam atau semalam.
7. Ayakkan serbuk koko di atas cheesecake dan picitkan sedikit Nutella sebagai hiasan.

Resepi Oleh: Aini Binte Madon

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes