RESEPI HOT!

Tuesday, April 20, 2021

Resepi Tomyam Putih Thai

Resepi Tomyam Putih Thai
Resepi Tomyam Putih Thai

Bahan-Bahan Resepi Tomyam Putih Thai:
  • 1 liter air sahaja untuk kuantiti ini.
  • 300 gram udang
  • 300 gram sotong
  • 1 biji tomato saiz M + 1 biji bawang merah saiz 20 sen lama dikisar dengan sedikit air untuk pes.
  • 1 akar daun ketumbar dihiris
  • 3-4 batang daun ketumbar dihiris
  • 3-4 keping lengkuas diketuk
  • 4 helai daun asam limau purut
  • 3 batang serai saiz kecil dipotong pendek
  • 1 biji tomato M dibelah 8
  • 2 cili burung Thai diketuk (nak pedas lebihkan)
  • 1/2 biji asam limau untuk diperah
  • 1/2 cili hijau besar (pilihan)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 sudu makan Sos ikan
  • Serbuk perasa
Cara Masak:
1. Masukkan 1 liter air, bahan kisar bersama daun limau purut, potongan serai, bawang besar dan lengkuas. Tutup periuk dan biarkan mendidih pada api besar.

2. Masukkan sotong, udang, potongan cili, cili pedas yang diketuk, dan hirisan tomato. Tambah 3 sudu makan sos ikan.

3. Bila dah mendidih masak lauk, masukkan serbuk perasa, gula secubit bagi sedap. Perahkan asam limau nipis dan tambah lagi daun ketumbar.

4. Rasa dan bila dah sedap pada tekak, siap dah. Kena ada rasa utama masam pedas dan daripada lengkuas, limau purut, ketumbar, dan serai. Sedap hirup oiii…

Resepi Oleh: Ben Safwan

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes