RESEPI HOT!

Friday, February 21, 2020

Resepi Kek Batik Oreo Crunchy

Resepi Kek Batik Oreo Crunchy
Resepi Kek Batik Oreo Crunchy
Bahan-Bahan Resepi Kek Batik Oreo Crunchy:
  • Marjerin pelangi 1 cawan (lebih sedap dan wangi)
  • Susu pekat 1cawan
  • Koko 3sudu
  • Milo setengah cawan
  • Nescafe 1sudu
  • Biskut oreo siap hancur (kat bakeri ada jual nak beli peket pun bole hancurkan sendiri)
  • Biskut merry satu peket
  • Sediakan periuk saiz sederhana
Cara-Cara:
1. Masukkan marjerin cairkan (guna api kecil sahaja). Masukkan susu pekat.
2. Masuk serbuk koko (gaul sehingga tidak berketul). Kemudian, masukkan milo (gaul lagi) dan masukkan nescafe (gaulkan lagi).
3. Sediakan loyang/bekas plastik (kalau guna loyang lapikkan dengan plastik supaya coklat tak melekat)
4. Tuangkan coklat yang dimasak tadi dan sapu nipis. Kemudiaan, letakkan oreo hancur sikit sahaja dan lapis biskut merry susun satu persatu.
5. Tuang lagi coklat gunakan sudu atau spatula kalau nak senang. Ratakan coklat, taburkan lagi oreo kemudian letakkan biskut merry. Ulang sehingga habis.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk 1 jam ke 2jam (supaya coklat dan biskut betul-betul lekat). Kejadian seperti gambar dibawah.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes