RESEPI HOT!

Sunday, February 7, 2021

Resepi Sambal Hitam Pahang

Resepi Sambal Hitam Pahang
Resepi Sambal Hitam Pahang

Bahan-Bahan Resepi Sambal Hitam Pahang:
  • 1 mangkuk belimbing buluh yang telah direbus sehingga hitam
  • 4 sb garam
  • 10 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk cili padi
  • 1 cawan belimbing buluh ditumbuk
  • 4 sb gula
  • 1 mangkuk ikan bilis (di tumbuk separuh hancur)
  • 2 cawan minyak masak
Cara-Cara:
  1. Rebus belimbing buluh dan garam tanpa air sehingga berubah menjadi hitam. Lebih kurang 2 3 jam
  2. Sehingga hitam. Ketepikan dahulu.
  3. Panaskan minyak. Masukkan bawang yang di kisar. Kemudian masukkan cili api kisar.
  4. Masukkan belimbing buluh dan ikan bilis. Kacau sebati. Kemudian masukkan belimbing yang telah direbus sehingga hitam tadi. Perasakan dengan gula. Masak sehingga kering.
  5. Toskan sambal hitam jika berminyak. Siap.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes