RESEPI HOT!

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Sotong Bakar Sos Thai

Ramuan Resepi Sotong Bakar Sos Thai

Bahan Sotong Bakar :
  • 5 ekor Sotong (saiz besar)
  • 1 1/2 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Madu
  • Secubit Garam
Bahan Sos Thai :
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 10-15 biji Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing2)
  • 1-2 biji Cili Merah
  • 3 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Sos Ikan
  • 2-3 tangkai Daun Ketumbar (hiris halus)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Langkah penyediaan
  1. Basuh sotong & kelar bahagian badan sotong (jangan sampai putus). Perap dengan semua bahan lain selama 15-30 minit.
  2. Sementara itu, kisar semua bahan2 sos kecuali daun ketumbar, gula & garam. Selepas kisar, perasakan dengan gula & garam secukupnya. Masukkan daun ketumbar & gaul rata.
  3. Bakar sotong hingga masak kemudian letak dalam pinggan & tuang sos ke atas sotong. Siap utk dihidangkan.
Credit : Erna Hezreen Hamzah COOKPAD

Share this:

1 comment :

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    ReplyDelete

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes