RESEPI HOT!

Saturday, January 30, 2021

Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu

Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu

Bahan-bahan 
Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu
  • 8 Ekor ikan Selar
  • 3 cawan tepung beras (+)
  • 1 sudu kecil garam (+)
  • 1/2 sudu kecil kapur sireh (+)
  • 1 biji telur (+)
  • 1/4 sudu serbuk kunyit (+)
  • 1 1/2 cawan air sejuk (+)
  • 3 ketul ais kiub
  • Minyak untuk menggoreng
Langkah penyediaan
  1. Bersihkan ikan
  2. Bancuhkan kesemua yang bertanda (+). Pastikan adunan tak terlalu cair. Jika perlu tambah tepung beras jika adunan kelihatan cair. Pastikan riada ketulan tepung.
  3. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul betul panas. Cara nak test. Titikkan sedikit adunan tepung kedalam minyak. Jika adunan tepung tenggelam, minyak belum panas sepenuhnya. Jika adunan tepung terburai didalam minyak. Menunjukkan minyak dah panas.
  4. Masukkan ketulan ais dalam adunan.
  5. Salut ikan dalam adunan. Dan masukkan dalam minyak. Goreng sehingga kelihatan garing
  6. Baki adunan tepung boleh dititiskan dalam minyak untuk dijadikan krupkrup sebagai hiasan di atas ikan
Credit : Nisa Riza COOKPAD

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes