RESEPI HOT!

Wednesday, December 2, 2020

Resepi Spagetti Bolognese

Resepi Spagetti Bolognese
Resepi Spagetti Bolognese

Bahan-bahan diperlukan Resepi Spagetti Bolognese:
  • 1 paket spageti (Direbus sehingga lembut)
  • 2 labu bawang holland (Dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 400 g daging kisar
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)
  • 2 biji tomato muda (Dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan butang (Dihiris nipis)
  • ½ cawan air
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 1 pokok daun parsli (Dicencang)
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan sos tomato, lobak merah, capsicum, tomato, cendawan butang, garam, air, dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
  5. Angkat dan tuangkan di atas spageti.
  6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes