RESEPI HOT!

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Pajeri Nenas Kelantan Style

Resepi Pajeri Nenas Kelantan Style
Resepi Pajeri Nenas Kelantan Style

Bahan-bahan Resepi Pajeri Nenas Kelantan Style
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • Sedikit biji sawi
  • Buah nenas - saiz kecil/sederhana
  • 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan bunga cengkih
  • Cili merah dihiris menyerong - untuk hiasan
  • Garam serta gula secukup rasa
  • Cuka masakan secukupnya
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara penyediaan :-
  1. Nenas dipotong kecil atau mengikut citarasa masing2.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Masukkan bawang besar,bawang putih serta biji sawi dan tumiskan sehingga wangi.
  4. Kemudian,masukkan pula serbuk kunyit dan kacau sebati.
  5. Seterusnya, masukkan pula nenas yang dipotong kecil tadi dan gaulkan sebati.
  6. Biarkan sehingga merenih dan masukkan cili merah yang dipotong menyerong dan gaulkan sehingga cili merah layu.
  7. Masukkan gula serta garam secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidang.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes