RESEPI HOT!

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
  • 1 ekor ikan patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak atau secukupnya ikut citarasa masing-masing
  • 4 cawan air - ikut kepekatan kuah
  • 1 biji cili merah - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ikut pedas disukai - ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam
Cara penyediaan :-
  1. Masukkan cili merah, cili padi dan kunyit hidup ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga separa lumat.
  2. Kemudian setelah separa lumat, masukkan tempoyak dan digaul sebati bersama. Ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk dan masukkan ikan dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
  4. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  5. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak sekejap sahaja sehingga daun kesum layu dan bolehlah tutup api.
  6. Siap untuk dihidang..:)

Sedikit Tips :

Kalau tempoyak anda kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Ikan patin perlu dibasuh dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai. Maklumlah ada org x tahan dengan hanyir ikan sungai…

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes