RESEPI HOT!

Tuesday, December 15, 2020

Resepi Kuih Tepung Gomak

Resepi Kuih Tepung Gomak
Resepi Kuih Tepung Gomak

Bahan-bahan Resepi Kuih Tepung Gomak,:

1. Bahan doh
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan santan
Cara-caranya;
  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
  3. Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras.
2. Bahan inti
  • 3 cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan disimpul
Cara-caranya;
  1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan
  2. Masukkan kelapa parut dalam larutan gula dan masak sehingga ia hampir kering
  3. Sesudah itu masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
  4. Kacau semua bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga inti lembap. Biarkan ia sejuk.
3. Bahan salut
  • Tepung kacang hijau secukupnya.
Cara-caranya;
  1. Bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan inti kelapa di dalamnya sebelum rebuskan di dalam air mendidih
  2. Pastikan doh yang direbus terapung sebelum diangkat
  3. Golekkan atau salut doh itu dengan tepung kacang hijau. Siap dihidangkan.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes