RESEPI HOT!

Thursday, December 3, 2020

Resepi Brownies Marble Keju

Resepi Brownies Marble Keju
Resepi Brownies Marble Keju

Bahan-bahan Resepi Brownies Marble Keju diperlukan:

Bahan A

  • 180 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 120 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 30 g serbuk koko (diayak)
  • Sedikit pes coklat
Bahan B
  • 250 g krim keju
  • 60 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan jus lemon
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 8 x 8 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  5. Di dalam mangkuk lain, pukul semua bahan B sehingga kembang.
  6. Asingkan sedikit bahan B dan masukkan pes coklat. Kacau rata.
  7. Tuang adunan A ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas pembakar (baking sheet). Ratakan.
  8. Tuangkan dengan perlahan-lahan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
  9. Lorekkan dengan adunan B yang dicampurkan dengan pes coklat tadi.
  10. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 160°C api bawah sahaja selama 60 minit.
  11. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes