RESEPI HOT!

Tuesday, December 15, 2020

Resepi Ayam masak kicap

Resepi Ayam masak kicap
Resepi Ayam masak kicap

Bahan-bahan Resepi Ayam masak kicap
  • Seekor ayam
  • Sebiji bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang putih dan 3 bawang merah dan 4 biji cili padi (dikisar)
  • Cili kisar 3 sudu (ikut tahap kepedasan)
  • Seinci halia (dihiris)
  • 2 biji lada besar (belah empat)
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis 1, biji pelaga 2, bunga lawang 1, cengkih 4)
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Sos tomato - 2 sudu besar
  • Kicap manis - 4 sudu besar
  • Kicap pekat - 3 sudu besar
  • Sos tiram - 2 sudu besar
  • Daun kari (setangkai)
Cara memasak:
1. Goreng ayam separuh masak
2. Selepas ayam diasingkan, tumis bawang merah dan putih bersama rempah
3. Masukkan halia dan biarkan hingga naik bau.
4. Masukkan cili giling, biarkan sehingga naik bau. Masukkan semua sos dan sedikit air.
5.Masukkan ayam, gaulkan sehingga sebati dan masukkan bawang besar dan daun kari dan cili besar.
6. Kacau sehingga sebati selama dua minit. Siap!

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes