RESEPI HOT!

Friday, June 12, 2020

Resepi Puding Biskut Marie


Resepi Puding Biskut Marie
Resepi Puding Biskut Marie 
Bahan-bahan Resepi Puding Biskut Marie  :
  • 200gm biskut marie
  • 10gm agar-agar serbuk
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1/2 buku mentega buttercup
  • 6 sudu serbuk koko
  • 8 sudu makan milo
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Cara-cara menyediakan puding biskut marie adalah :
  1. Kisarkan susu cair, susu pekat manis, telur, esen vanilla dan tepung kastard.
  2. Ketepikan adunan pertama.
  3. Kemudian, bancuh serbuk koko dan milo bersama sedikit air suam (bancuh sehingga adunan tidak berketul) dan ketepikan adunan kedua.
  4. Masak serbuk agar-agar dan air.
  5. Kacau sehingga agar-agar larut dan mendidih.
  6. Tambahkan mentega dan kacau adunan sehingga cair.
  7. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi (adunan pertama)
  8. Kacau adunan sehingga sebati menggunakan api yang perlahan kerana adunan akan cepat menjadi pekat.
  9. Teruskan mengacau adunan tadi, masukkan bancuhan serbuk koko dan milo (adunan kedua) sedikit demi sedikit sehingga habis.
  10. Kacau adunan sehingga sebati sehingga adunan tidak berketul.
  11. Kacau adunan sehingga adunan berkilat dan meletup-letup kecil. Ini menandakan puding tadi telah masak dan padamkan api.
  12. Ambil loyang bersaiz 7×7 dan alas dengan plastik (saiz bergantung pada citarasa masing-masing).
  13. Lebihkan plastik dibahagian kiri dan kanan supaya puding tadi mudah dikeluarkan dari loyang apabila telah sejuk.
  14. Masukkan sedikit adunan puding(lapisan koko) dan ratakan ke seluruh loyang.
  15. Susun biskut marie satu persatu diatas lapisan koko tadi.
  16. Patahkan sedikit jika ada ruang kosong.
  17. Tuangkan adunan koko selapis lagi dan susun biskut marie seperti langkah pertama.
  18. Ulang proses tadi sehingga habis dan pastikan lapisan terakhir puding tadi adalah lapisan koko.
  19. Sejukkan puding didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum anda boleh dinikmati puding biskut marie ini.

Anda juga boleh menambah sebarang hiasan dilapisan atas puding dengan meletakkan badam, cokelat rice atau kacang tabur terpulang kepada citarasa masing-masing. Resepi ini kurang manis, boleh tambahkan gula atau susu pekat bagi yang gemarkan manis.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes