RESEPI HOT!

Wednesday, March 4, 2020

Resepi Dadih Terlajak Sedap

Resepi Dadih
Resepi Dadih 
Gunakan bekas dadih besar untuk sukatan.

Bahan-Bahan:
  • 3 liter air
  • 7 gram agar-agar
  • 3 bekas susu tepung (susu nespray gambar ibu dengan anak plastik kuning & merah)
  • 1 bekas coffee mate (creamer)
  • 1 bekas susu pekat
  • Setengah bekas gula
  • Perasa dan pewarna
  • Garam sedikit
Cara-cara:
1. Masakkan agar-agar sampai hancur. Letak daun pandan. Semasa memasak agar-agar, agak-agak air itu suam ambil dan bancuh susu tepung (untuk mengelakkan susu berketul) letak tepi.
2. Selepas agar-agar hancur, masukkan coffee mate, gula, garam, susu pekat dan susu yang dibancuh. Kacau hingga hilang ketul-ketul susu.
3. Campurkan pewarna dan perasa mengikut citarasa. Tapis dan tuangkan. Biarkan sejuk.

Sukatan ini kalau dibuat dengan dengan betul akan mendapat hasil seperti berikut :-
Bekas Kecil = 40 bekas
Bekas Besar = 20 bekas

Resepi Oleh: Nur Hidayah Md Ali

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes