Resepi Roti Sardin Gulung Rangup |
- 4 keping roti sandwich
- 3 sudu makan ikan sardin yang sudah dimasak
- 250gm serbuk roti
- 4 biji telur ayam
Cara Membuat:
1. Ambil roti, kemudian giling nipis dengan pencanai. Potong bahagian tepi roti jika mahu.
2. Hancurkan isi ikan sardin yang telah dimasak. Masukkan ikan sardin atas roti tadi, kemudian gulung.
3. Celurkan roti tadi secara bergilir dengan telur dan serbuk roti. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng dengan api yang perlahan sehingga keperang-perangan.
5. Angkat dan sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
Post a Comment