RESEPI HOT!

Saturday, February 8, 2020

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh
Resepi Kek Pandan Cheese Leleh
Kek Pandan Kukus – (1 loyang bulat)

Bahan-Bahan Resepi Kek Pandan Cheese Leleh:
  • 1 cwn gula
  • 3 bji telur – mix sampai gebuh & putih
  • 1 sb ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu cair – jangan di lebihkan
  • Pewarna hijau separuh tutup
  • Perisa pandan 1 penutup besar – boleh ditukar kepada perisa strawberry, vanilla dan warna
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 st baking powder
– Tidak perlu soda bikarbonat
– Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.

Cara Membuat:
1. Mixer gula, telur, ovelatte sampai gebu dan bewarna putih.
2. Masukkan minyak, susu cair, pewarna hijau, dan perisa pandan. Mixer sampai sebati.
3. Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama. Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.
4. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup kepala pengukus dengan kain (balut).
5. Selepas kek masak, tunggu kek betul-betul sejuk.
6. Untuk layer, kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong atau belah tengah dan letak cream cheese.

RESEPI MENARIK : Resepi Kek Gula Hangus

7. Letak semula kek yang dipotong tadi dan letak cream cheese dan ratakan. Parut cheddar cheese atas kek.

Cream Cheese Leleh –
Bahan & Cara Buat:
  • Cream cheese Tatura 250 gram.
  • Susu cair suku cawan
  • Susu pekat manis setengah cawan (ikut manis sendiri)

+ Mixer semua bahan sampai gebu.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes