RESEPI HOT!

Tuesday, June 13, 2017

Resepi Kuah Kacang Sedap!

Resepi Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang
Bahan-Bahan:
  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
Bahan untuk hiris nipis: 
  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara Penyediaan:
  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tips
  1. Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes