RESEPI HOT!

Tuesday, June 13, 2017

Resepi Rendang Ayam Cilipadi

Resepi Rendang Ayam Cilipadi
Resepi Rendang Ayam
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (kurang lebih 1.2 kg)
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang, kerat pendek (optional)
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 1 liter santan pekat
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air panas, jika perlu
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
  • 12 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk cili padi merah (kurang lebih 2 genggam)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA
  1. Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. 
  2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali, tambah ayam dan gaul rata. Hidupkan api dan masak sekejap hingga ayam kecut. 
  3. Tuang santan, masukkan asam gelugor dan sedikit garam. 
  4. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah sedikit air panas jika perlu.
  5. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. 
  6. Tambah kerisik, daun limau purut, kacang panjang dan gula melaka. Kacau rata dan masak hingga rendang kering. Rasa dan tambah garam jika perlu. 
  7. Akhir sekali masukkan daun kunyit, gaul rata dan masak sekejap, Rasa lagi dan jika ok boleh matikan api. 
  8. Hidangkan bersama nasi putih, ketupat, lemang atau roti...Selamat mencuba!

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes