RESEPI HOT!

Saturday, May 27, 2017

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Bahan-Bahan Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah
  • 1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
  • 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
  • 3 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dimayang halus
  • gula dan garam secukupnya
  • air bila perlu

Bahan Kisar Halus
  • 30 biji cili padi kampung
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. Selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. Masak hingga kentang menjadi empuk.

2. Masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.

3. Masukan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. Masukkan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.

4. Akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes