RESEPI HOT!

Sunday, May 28, 2017

Resepi Butir Nangka Kelantan

Resepi Butir Nangka Kelantan
Resepi Butir Nangka Kelantan
Bahan-bahan kuah
  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan -  disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba
Resepi Butir Nangka Kelantan

Cara memasak:

Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:
  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam
Cara membuat:
  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes