RESEPI HOT!

Tuesday, October 25, 2016

Resepi Ikan Tenggiri Asam Rebus



BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri
1 batang serai
1-2 keping asam keping
1 biji tomato - dibelah 4
1/4 biji nenas - dihiris nipis
1 kiub perisa ikan bilis
garam secukup rasa
1 liter air

BAHAN DIKISAR HALUS:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2-3 cili merah

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. 
2. Masukkan asam keping dan serai. 
3. Rebus selama 30 minit dengan api sederhana.
4. Masukkan tomato dan nenas. Biarkan seketika.
5. Masukkan ikan dan perisa ikan bilis dan garam secukup rasa. 6. Masak sehingga ikan masak. Tutup api dan sedia dihidang.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes