RESEPI HOT!

Monday, August 17, 2015

Resepi Sup Ikan Merah

Resipi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan merah anggaran 800grm
  • 3 biji tomato
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • 1 pokok daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya


Bahan tumis:
  • 1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji lada hitam
  • 5 biji cili api dititk-boleh tambah


* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
  3. Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
  4. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes