RESEPI HOT!

Monday, August 17, 2015

Resepi Sup Sayur Meat Ball

Resipi Sup Sayur Meat Ball

Bahan-bahan:
  • 200 gm daging ~ dihiris dan direbus
  • 1/2 btng carrot ~ dipotong serong / bentuk bunga
  • 1 btng calery ~ dipotong serong
  • 1 genggam cendawan kering keriting ~ direbus hingga lembut dan dipotong2
  • 2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris
  • sedikit suun dan pucuk tahu ~ dipotong dan direndam
  • meat ball secukupnya
  • perasa lada sulah Aji Shio secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak masak + sedikit minyak bijan

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi dan masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan daging bersama air rebusan secukupnya. Masukkan carrot, meat ball, candawan, garam, gula dan lada sulah. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan pula calery, suun dan pucuk tauhu. Biar hingga lembut dan mendidih sekali lagi. Bila rasa dah ok, tutup api.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes