RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Ayam Goreng Berempah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam Goreng Berempah. Show all posts

Tuesday, December 15, 2020

Resepi Ayam goreng berempah

Resepi Ayam goreng berempah
Resepi Ayam goreng berempah

  • Serai
  • Halia
  • Bawang putih
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Rempah kari daging adabi
  • Telur
  • Garam
Cara penyediaan:
  1. Kisar serai, halia dan bawang putih.
  2. Kemudian bancuh tepung jagung, tepung beras, rempah kari daging Adabi, telur dan garam sehingga pekat. Kalau ada tepung kentucky masukkan sedikit. Tapi kena kurangkan garam sebab tepung kentucky dah masin.
  3. Masukkan kisar dalam bancuhan ini. Masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Kemudian perap. Lagi lama perap lagi elok. Masuk peti ais. Goreng dalam minyak yang banyak.

Kredit : Norsiah Zakaria

Thursday, April 16, 2020

Resepi Ayam Goreng Berempah Serai

Resepi Ayam Goreng Berempah Serai
Resepi Ayam Goreng Berempah Serai
Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah Serai:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes