Bahan-Bahan Resepi Biskut Famous Amos Air Fryer:
- Butter 250g
- Coklat chips
- Kacang badam
- Tepung gandum – 2 cawan
- Tepung jagung – 1/2 cawan
- Gula perang – 3/4 cawan
- Telur gred A – 1 biji
- Minyak masak – 6 sudu besar
- Serbuk penaik – 1/2 sudu kecil
- Saya guna pure butter scs. Bau & rasa dah macam butter cookies. Minyak masak saya ganti minyak mazola.
- Gaul butter (suhu bilik) dan gula sehingga sebati.
- Masukkan telur, serbuk penaik dan minyak masak.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan coklat chip dan kacang badam.
- Sejukkan bahan biskut dalam peti (bahagian chiller) selama 30 minit.
- Keluarkan dari fridge bagi lembut sikit baru scoop. Lapikkan dengan baking paper. Sikit je letak. Jangan banyak2 dan tebal. Nanti tak rangup.
- See dia kembang. Bauuu sampai luar rumah. Saya guna AF Haier. Saya uji bebrapa kali paling cantik suhu 165 masa 10 minit.
- Keluarkn & letak dalam dulang. Sejukkan dulu betul2 baru masuk bekas. Mula2 lepas masak macam rapuh. Dah Betul2 sejuk nanti tekstur dia keras molek.
- Yummy! Sesuai sebagai kudapan depan tv atau dah boleh standby untuk raya.
Post a Comment