RESEPI HOT!

Sunday, February 7, 2021

Resepi Ayam Goreng Pandan Thai

Resepi Ayam Goreng Pandan Thai
Resepi Ayam Goreng Pandan Thai

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Pandan Thai:
  • 500 grm ayam (dada) - dipotong kiub
  • 12 helai daun pandan
Bahan perapan
  • 6 bawang putih
  • 6 bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu kicap bijan
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
Cara-Cara:
1. Bahan perapan dikisar dengan sedikit air. Kemudian satukan bahan tersebut dengan ayam. Perap selama 3 jam atau semalaman.

2. Kemudian ambil daun pandan. Simpulkan seperti bentuk kon. Boleh rujuk gambar untuk step by step cara untuk menyimpul ayam. Buat sehingga ayam habis. Bahagian pandan yang panjang boleh la dipotong.
  

3. Sedia untuk di goreng. SELAMAT MENCUBA!

Credit : Asz Haniey COOKPAD


Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes