RESEPI HOT!

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Sayur Lemak Budu

Resepi Sayur Lemak Budu
Resepi Sayur Lemak Budu

Bahan-bahan Resepi Sayur Lemak Budu
  • 1 paket/ikat daun keledek
  • 3 batang jagung muda dipotong halus
  • 1 batang terung dipotong kecil mengikut size yg disukai
  • 1/5 biji kubis bersaiz kecil,dipotong kecil
  • 1 kotak santan
  • 3 @4 cawan air
  • 3 biji bawang merah ditumbuk halus
  • 3 sudu budu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit gula
Langkah penyediaan
  1. Bersihkan sayur dan potong ikut size kecil
  2. Didihkan air bersama bawang merah dan serbuk lada hitam
  3. Masukkan santan. Kacau hingga mendidih. Masukkan budu. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan didihkan seketika.
  5. Setelah sayur layu,padamkan api.sedia dihidang
Credit -  Liana Nick COOKPAD

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes