RESEPI HOT!

Saturday, January 23, 2021

Resepi Agar-agar Susu Oreo Mudah

Resepi Agar-agar Susu Oreo Mudah
Resepi Agar-agar Susu Oreo Mudah

Bahan-bahan Resepi Agar-agar Susu Oreo Mudah
  • 1 paket serbuk agar-agar (8gm)
  • 1/3 cawan susu pekat manis + 2 sudu besar lagi
  • 1 tin susu cair
  • 600 ml air
  • 1 paket biskut oreo - dipecahkan
Cara penyediaan :
  1. Satukan serbuk agar-agar dengan air, larutkan.
  2. Dalam periuk letak susu cair, masukkan susu pekat manis dan bancuhan agar-agar masak hingga mendidih, tutup api.
  3. Sediakan acuan agar-agar kesukaan, basahkan dahulu acuannya supaya senang keluarkan agar-agar nanti.
  4. Masukkan biskut oreo yang dipecah-pecahkan tadi ke dalam agar-agar, tuang perlahan ke dalam acuan.
  5. Biarkan sejuk kemudian simpan dalam peti ais supaya keras cantik dan sedap dimakan sejuk.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes